AWIE harap diberikan kebaikan, kesihatan, keselamatan, kekayaan, kesenangan dan keimanan pada tahun baru 2020. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
AWIE harap diberikan kebaikan, kesihatan, keselamatan, kekayaan, kesenangan dan keimanan pada tahun baru 2020. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Sudirman Mohd Tahir


PENYANYI terkenal, Datuk Awie berharap diberikan kesihatan dan keselamatan baik bersempena tahun baru 2020.

Awie, 52, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, kehadiran tahun baru ini diharap memberikan sesuatu yang terbaik bukan saja untuk diri sendiri, tapi juga pada keluarga dan kerjaya.

“Semoga tahun baru ini saya diberikan kebaikan, kesihatan, keselamatan, kekayaan, kesenangan dan keimanan.

“Jadikanlah pekerjaan, perniagaan, keluarga, adik-beradik, sahabat, Wings, Sayap Sayap Wings, Wings Motor Gang dan Society Asean tetap di antara yang terbaik.

“Biarlah semua ini memberi kebanggaan kepada saya,” katanya.

Awie juga memohon maaf kepada semua jika sepanjang tahun lalu ada membuat sebarang salah dan silap.

“Untuk 2019, saya minta maaf jika ada salah dan silap yang sudah dilakukan. Kita tidak bertemu lagi.

“Segala baik dan buruk sepanjang tahun lalu akan menjadi pegangan dan kenangan selamanya. Maafkan saya,” katanya.

Perkembangan lain, Awie bakal mengadakan konsert Awie Romantika pada 15 Februari ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert itu turut menampilkan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira menerusi segmen khas bagi mengimbau kisah cinta mereka yang kandas di tengah jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 8:02 PM