AZHAN harap dapat cerita yang boleh menukar persepsi penonton supaya mereka nampak kemampuannya melakonkan watak lain. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
AZHAN harap dapat cerita yang boleh menukar persepsi penonton supaya mereka nampak kemampuannya melakonkan watak lain. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Azhan Rani, 43, yang popular dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama bersiri Nur dan Nur 2 tidak mahu membawa watak ustaz dalam masa terdekat ini kerana tidak mahu penonton terlalu hanyut dengan watak sedemikian.

Azhan yang kini kerap dipanggil sebagai ustaz berkata, dia mahu penonton melihatnya sebagai pelakon yang boleh membawa pelbagai watak dan bukan sebagai ustaz saja.

"Kalau ada tawaran untuk watak sebagai ustaz, saya tak akan buat lagi. Kalau Nur dipentaskan di pentas teater, itu saya akan terima," katanya.

Azhan mengakui impak kedua-dua drama itu belum padam lagi. Walaupun dia melakukan perkara lain, orang tetap nampaknya sebagai Ustaz Hamadi.

"Saya berharap dapat satu cerita yang boleh menukar persepsi penonton supaya mereka nampak kemampuan saya melakonkan watak lain," katanya.

Azhan kini membintangi muzik video lagu raya berjudul Menanti Di Aidilfitri nyanyian Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah dan Wan Azlyn.

Sehingga kini, muzik video yang dimuat naik sejak seminggu lalu mencatat lebih sejuta tontonan dan menjadi 'trending' tempat pertama di YouTube.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Jun 2019 @ 3:12 PM