REMY Ishak masih dalam tempoh bertenang dan memerlukan masa untuk bermuhasabah diri. FOTO Mahzir Mat Isa
REMY Ishak masih dalam tempoh bertenang dan memerlukan masa untuk bermuhasabah diri. FOTO Mahzir Mat Isa
Syanty Octavia Amry


SELEPAS berteka-teki mengenai status dirinya, pelakon popular Remy Ishak mengesahkan sudah putus tunang dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof.

Remy, 36, berkata, hubungan yang sudah terlerai sebulan lalu itu tidak ada kaitan dengan orang ketiga.

"Sudah dua tahun kami bertunang dan mengikut perancangan selepas tempoh itu sepatutnya kami melangkah ke fasa seterusnya.

"Tetapi jodoh itu kuasa Allah dan saya akur jika hubungan yang serius antara kami berdua setakat ini saja.

"Perpisahan ini juga tidak ada kaitan dengan sesiapa jauh sekali Mira Filzah seperti yang didakwa," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama minuman Origina di Kuala Lumpur, hari ini.

Pun begitu, Remy berkata hubungannya dengan Ezza masih baik sebagai rakan perniagaan.

"Kami masih baik dan Ezza juga seorang wanita yang baik. Saya masih dalam tempoh bertenang dan memerlukan masa untuk bermuhasabah diri.

"Saya juga tidak menolak jika satu hari nanti kami bersatu semula sebagai suami isteri," katanya.

Terdahulu, pasangan itu bertunang pada Mei 2017 selepas berkenalan selama dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 6:22 PM