ERRA Fazira mengucapkan selamat ulang tahun ke-30 kepada Shahir. FOTO Ihsan Instagram Erra Fazira
ERRA Fazira mengucapkan selamat ulang tahun ke-30 kepada Shahir. FOTO Ihsan Instagram Erra Fazira
Sudirman Mohd Tahir


“TERIMA kasih kerana menjadi teman yang prihatin dan baik buat saya serta seluruh teman,” kata pelakon jelita Erra Fazira buat ‘teman tapi mesranya’ Shahir sempena ulang tahun kelahiran ke-30, semalam.

Erra, 44, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menerusi Instagram, hari ini turut menasihatkan Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu supaya tidak nakal.

“Selamat ulang tahun Chor (Shahir). Semoga panjang umur dan diberi kesihatan baik. Dengan penambahan usia, moga bertambahlah kematanganmu.

“Saya doakan awak kurus saiz S dan ‘sado’ macam diimpikan. Awak boleh Chor,” katanya.

Walaupun sebelum ini Erra dan Shahir mengakui hubungan mereka hanya sebagai kawan, tetapi ucapan Erra di laman sosial itu menunjukkan mereka seolah-olah sedang bercinta.

Malah, sebelum ini timbul gosip mengatakan mereka akan berkahwin tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 12:51 AM