Nadia harap filem diterima baik peminat. FOTO AZIAH AZMEE
Nadia harap filem diterima baik peminat. FOTO AZIAH AZMEE
Syafil Syazwan Jefri


BINTANG utama filem mitos, Ratu Kala Jengking, Nadia Brian, 26, akan ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang di Indonesia selama sebulan sebagai persiapan untuk filem itu.

“€œSaya akan terbang ke Indonesia pada 2 April ini. Dalam tempoh sebulan itu, saya akan menjalani penggambaran untuk program Jom Fashion terbitan A Aida Production Sdn Bhd.

“€œJadi, dah alang-alang berada di sana, saya akan belajar mengenai ilmu persilatan dan mendalami budaya mereka terutamanya mengenai tarian kuda kepang.

“€œIni kerana karakter saya dalam filem itu memerlukan saya melakukan beberapa aksi silat dan tarian kuda kepang,”€ katanya kepada Harian Metro.

Nadia, 26, juga meluahkan rasa teruja untuk memulakan penggambaran filem itu yang dijangka bermula pada Ramadan ini memandangkan ia adalah filem pertama terbitan produksi itu.

“Saya akan memegang karakter sebagai Cik Siti Tanah Masyhur atau Ratu Kala Jengking. Apa yang membuatkan saya teruja adalah kerana ini filem pertama terbitan A Aida Production Sdn Bhd.

“€œSebelum ini, drama-drama terbitan syarikat produksi ini seperti Andainya Takdir mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton.

“€œJadi, tentunya saya tak sabar untuk bekerja di bawah produksi milik Datuk A Aida ini dan semestinya, produksi ini juga inginkan yang terbaik untuk buah tangan sulung mereka,”€ katanya kepada Harian Metro.

Kata Nadia lagi, satu cabaran buatnya adalah apabila perlu bertutur dalam Bahasa Melayu klasik.

“Filem Ratu Kala Jengking berlatarbelakangkan tahun 1940-an dan kerana itu, berdasarkan skrip yang ditulis sendiri oleh Datuk A Aida, saya perlu bertutur dalam Bahasa Melayu baku atau klasik,” katanya.

Nadia berharap agar filem sebegitu akan diterima dengan lebih baik oleh penggemar filem tanah air.

“Kalau boleh, saya ingin filem ini diingat dan sentiasa menjadi sebutan sampai bila-bila. Kalau orang sebut mengenai karakter atau jalan cerita, orang akan sebut nama filem ini,” katanya.

Ratu Kala Jengking mengisahkan mengenai Cik Siti Tanah Masyhur yang memiliki ilmu hitam dan perlu membunuh pasangannya untuk terus kelihatan muda dan jelita.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Mac 2018 @ 3:15 PM