Izreen mengaku cinta dengan Mr. R. FOTO Arkib NSTP.
Izreen mengaku cinta dengan Mr. R. FOTO Arkib NSTP.
Ardini Sophia Sina


“SAYA minta maaf, tidak dapat beri kenyataan buat masa ini,” kata pelakon Izreen Azminda Aznam, 32, mengenai spekulasi dirinya berkahwin dengan pemuzik berstatus suami orang.

Sebelum ini timbul gosip mengenai hubungan cintanya dengan pemuzik dikenali sebagai Mr R dan turut diakui Izreen.

Spekulasi perkahwinan pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu mula diperkatakan apabila menggunakan gelaran ‘Madam’ pada pangkal namanya di laman sosial Instagram.

Izreen juga memuatnaik beberapa gambar dengan kapsyen ‘berbunga-bunga’, menguatkan lagi spekulasi mengenai perkahwinannya.

Kata Izreen, dia akan menjelaskannya dalam masa terdekat dalam satu pertemuan dengan media.

“Saya tahu isu ini menimbulkan banyak cerita negatif tetapi saya mohon doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, Izreen mengaku menjalin hubungan dengan Mr R tetapi menegaskan jejaka itu bukan orang dalam industri hiburan dan berstatus bujang.

Terdahulu, Izreen berkahwin dengan juru kamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 4:45 PM