STATUS dalam Instagram milik Izreen Azminda yang terharu menerima bunga ros daripada suaminya. FOTO Ihsan Instagram Izreen Azminda
STATUS dalam Instagram milik Izreen Azminda yang terharu menerima bunga ros daripada suaminya. FOTO Ihsan Instagram Izreen Azminda
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Izreen Azminda terkejut apabila menerima sejambak bunga ros pemberian suami tercinta, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, petang tadi.

Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 33, berkata kejutan dibuat suaminya itu dianggap romantik, apatah lagi ia adalah kali pertama dirinya mendapat bunga daripada lelaki.

“Allahuakbar, ingatkan ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak merompak takkan tekan loceng pula kan.

“Buka pintu terus nampak bunga. Tidak sangka pula orang itu (suami) seromantik ini. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.

“Kalau berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga),” tulisnya menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam nada berseloroh, Izreen berkata, dia berasa seperti heroin dalam drama 688 episod.

“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya.

Izreen dan Radzi yang juga pemuzik bebas bernikah pada 8 Ogos tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mei 2018 @ 10:04 PM