RAJINIKANTH
RAJINIKANTH
Nor Akmar Samudin


Apabila mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya lakonan, kebanyakan aktor dan aktres di India beralih menjadi ahli politik.

Pembabitan mereka dalam sesebuah parti politik dilihat mampu mempengaruhi peminat untuk turut sama menyokong gagasan yang diperjuangkan.

Terkini, ramai tertunggu-tunggu kemungkinan bintang filem Kabali, Rajinikanth akan terjun ke dunia politik. Pelbagai ramalan dibuat mengenai perkara itu.

Minggu lalu Rajinikanth memberi reaksi terhadap spekulasi itu dengan mengatakan dia tidak berminat menyertai mana-mana pertubuhan politik.

“Lebih 20 tahun nama saya dikaitkan dengan politik dan setiap kali pilihan raya diadakan saya terpaksa menjelaskan perkara sebenar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 5:10 AM