KETUA Pegawai Eksekutif MiiM, Ramlee Said menunjukkan MiiM i-Sayang.
KETUA Pegawai Eksekutif MiiM, Ramlee Said menunjukkan MiiM i-Sayang.
Sri Ayu Kartika Amri


SYARIKAT pengurusan pusaka, Mawarith Integrated Sdn Bhd (MiiM) menyediakan penyelesaian komprehensif bagi memudahkan orang ramai melakukan pewarisan secara mudah dan sah menerusi pengenalan perkhidmatan terbaharunya, MiiM i-Sayang.

Pengarah Komersial MiiM, Abdul Hadi Pilus berkata, MiiM tampil memperkenalkan platform pewarisan digital untuk memudahkan orang ramai melakukan pengurusan harta pusaka, wasiat dan merancang hibah aset.

Katanya, i-Sayang yang beroperasi sepenuhnya secara digital menawarkan perkhidmatan digital pentadbiran hibah aset secara telus, profesional dan menetapi tuntutan syarak untuk kebaikan pemohon dan juga benefisiari (penerima) serta ahli waris.

"Perancangan awal wasiat atau hibah penting untuk mengelak sebarang permasalahan berkaitan pembahagian harta pusaka apabila seseorang itu meninggal dunia.

"Pendekatan kita adalah dengan menggunakan kaedah langganan dan selepas pelanggan melanggan sistem ini, mereka akan menerima pelbagai manfaat dalam hal pengurusan wasiat, harta sepencarian dan bermacam lagi.

"Pelanggan juga layak menerima manfaat pengurusan pusaka seperti takaful kerana kami ada tabungan daripada langganan untuk kos pengurusan kematian.

"Dengan adanya platfom aplikasi dalam talian dan laman web ini, kami menyediakan penyelesaian yang lengkap dan juga sebagai rujukan untuk orang ramai lebih bersedia dalam melaksanakan hasrat pewarisan mereka," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatkan dokumentasi pewarisan secara percuma mereka di miim.my untuk memudahkan urusan dengan institusi berkaitan seperti di Pejabat Pesaka Kecil atau di mahkamah tinggi sivil atau mahkamah syariah, jika perlu.

Beliau berkata, bagi yang mahukan perkhidmatan pewarisan digital berserta dengan servis pentadbiran yang lengkap, pihaknya turut mengenakan kadar yuran langganan yang berpatutan.

Hadi berkata, perkhidmatan yang menepati piawaian perundangan berkenaan ditawarkan kepada beberapa pakej.

"Apa yang lebih penting adalah pengurusan pusaka ini dilakukan oleh pegawai kami yang berpengalaman luas dan penyediaan dokumentasi perancangan yang memenuhi piawaian perundangan.

"Melihat kepada kesedaran masyarakat yang semakin baik mengenai kepentingan menyediakan dokumentasi perancangan, pihaknya menyasarkan lebih 10,000 pelanggan dan melantik kira-kira 5,000 ejen berdaftar sehingga akhir tahun ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 6:15 AM