GOPRO Hero4
GOPRO Hero4

FunSportz Sdn Bhd (Funsportz), pengedar eksklusif kamera lasak, GoPro memperkenalkan versi terbarunya, Hero4 yang didatangkan dengan dua versi Hero4 Hitam dan Perak dengan bercirikan harga kompetitif dan teknologi imej GoPro yang pernah memenangi Anugerah Emmy.

Tambahan pula, ia mempunyai rakaman video berdefinisi 4K dengan 30mps serta menawarkan kualiti gambar majalah 12MP serta WiFi 50 peratus lebih pantas dengan sambungan Bluetooth untuk prestasi GoPro App lebih bagus serta kuasa lebih baik.

Secara khusus, Hero4 Hitam mempunyai papan pemuka pengguna terkini dengan sambungan serta akses kepada kunci kawalan kamera dengan harga jualan RM1,849 seunit berbanding versi Perak yang dijual pada harga RM1,499 seunit.

INFO

GOPRO HERO4

Harga: RM1,499

Video: HD 4K dengan kelajuan 30fps.

Kelajuan: Bingkai gambar 2.7 K dengan 50fps serta 1080p dengan 120 fps yang lebih tinggi

Resolusi: Foto berkualiti majalah 12MP dengan kelajuan 30 gambar sesaat.

Ciri: Papan pemuka pengguna terkini dengan sambungan dan akses kepada kunci kawalan kamera.

Sambungan: WiFi 50 peratus lebih pantas dengan sambutan Bluetooth untuk prestasi GoPro App.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:02 AM