SAMSUNG Galaxy Note 5
SAMSUNG Galaxy Note 5
PAPAN kekunci maya
PAPAN kekunci maya
YIKEBIKE dan AirWheel
YIKEBIKE dan AirWheel
GOPRO
GOPRO
DRON
DRON
SAMSUNG Gear VR
SAMSUNG Gear VR
Oleh Afiq Hanif
[email protected].

* Samsung Galaxy Note 5

Biarpun Samsung Galaxy Note 4 masih lagi panas dan hangat di pasaran, sudah ada cakap-cakap mengenai pelancaran versi kelima iaitu Note 5 melalui laman web note5us.com yang menunjukkan anggaran spesifikasi baru telefon itu.

Antara yang dihebohkan termasuk skrin 5.9 inci 4K SUPER AMOLED dengan format 600+ ppi di samping ciri kalis air seperti didapati pada produk Samsung sebelum ini.

Laman web itu menyebut, Note 5 akan beroperasi pada pemprosesan octa core 2.9GHz pada arkitektur 64 bit selain kamera 18 megapiksel.

* Papan kekunci maya

Papan kekunci maya seperti Brookstone khusus untuk telefon pintar dan laptop melalui model Brookstone Virtual Keyboard (BVK) yang menggunakan teknologi laser berkemungkinan besar menjadi penggerak inovasi kerja pejabat.

Papan kekunci QWERTY maya penuh itu memudahkan kerja menaip serta cukup kecil untuk dijadikan 'keychain' anda yang boleh dihubungkan kepada telefon atau tablet melalui sambungan Bluetooth.

Jika harga turun kepada kurang RM200 saja dan mempunyai jangka hayat bateri yang lama, sudah pasti ramai yang menyukainya pada tahun depan.

* YikeBike dan AirWheel

Basikal elektrik jenama YikeBike semakin mendapat perhatian umum di Eropah yang dikatakan penyelesaian kepada kesesakan jalan raya dengan kelajuan 25kms menggunakan kuasa bateri 1kW.

Oleh kerana model itu digerakkan melalui kuasa elektrik yang menjimatkan tenaga untuk mengayuhnya, ia sesuai digunakan pelajar atau pekerja untuk perjalanan jarak dekat yang lebih mudah dan lancar.

Ia mempunyai saiz tayar 20 inci tetapi boleh dilipat dengan mudah yang mengambil masa hanya 15 saat sebelum dibawa masuk ke dalam kereta atau bas.

Jika trend berbasikal masih relevan, kemungkinan besar trend YikeBike atau satu lagi produk, AirWheel bakal menjadi inovasi baru pada 2015.

* GoPro

Versi baru GoPro sebagai kamera untuk rakaman jenis 'aerial' sudah pasti menunggu pengguna tahun depan.

Sebelum ini, Hero4 yang didatangkan dengan dua versi, Hero4 Hitam dan Perak dengan bercirikan harga kompetitif dan teknologi imej GoPro pernah memenangi Anugerah Emmy.

Tambahan pula, ia mempunyai rakaman video berdefinisi 4K dengan 30mps serta menawarkan kualiti gambar majalah 12MP serta WiFi 50 peratus lebih pantas dengan sambungan Bluetooth untuk prestasi GoPro App lebih bagus serta kuasa lebih baik.

Apakah inovasi baru GoPro pada tahun depan?

* Dron

Meskipun dron atau kenderaan udara tanpa juruterbang (UAV) popular dalam sektor pertahanan udara dan peperangan, ia tidak menghalang teknologi terbabit daripada terus berkembang bagi kegunaan komersial yang boleh dimanfaatkan orang awam.

Sifat fizikalnya yang amat sukar dikesan dan begitu pantas menjadi senjata paling dicari dalam industri pertahanan udara.

Namun kini, pemain industri berlumba-lumba cuba memanfaatkan teknologi dron bagi kegunaan biasa dalam kehidupan seharian.

Sudah ada yang menggunakannya sebagai hobi biasa dengan kelengkapan kamera untuk merakam panorama indah dari udara.

* Samsung Gear VR

Samsung Gear VR yang dikuasakan oleh teknologi daripada Oculus selaku pembuat peranti realiti maya mungkin menjadi trend menarik pada 2015.

Bukan setakat Samsung, pengeluar ketiga juga akan menghasilkan penutup muka sama yang boleh memuatkan mana-mana telefon pintar untuk bermain game.

Gear VR menggunakan paparan Super Amoled Quad HD 5.7 inci pada Galaxy Note 4. Dengan Gear VR, pengguna boleh menikmati video aksi maya pada sudut 360 darjah secara 3D serta menikmati permainan PC dalam dunia yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:02 AM