BOLEH masuk air tanpa kasing.
BOLEH masuk air tanpa kasing.
Afiq Hanif

Akhirnya, dua kamera lasak GoPro kini sah masuk ke pasaran Malaysia apabila FunzSports membawa model Hero5 Black dan Hero5 Session yang melalui beberapa perubahan berbanding model GoPro sebelum ini.

Antara yang jelas kelihatan termasuk rekaan kompak dan kali ini kedua-duanya tidak lagi memerlukan ‘housing’ jika mahu dibawa dalam air pada kedalaman 10 meter.

Jika lebih dari itu, barulah kasing khas disediakan.

Kecuali Hero5 Session, Hero5 Black mempunyai skrin sentuh dan dilengkapi sensor GPS yang digunakan untuk mencatatkan lokasi gambar atau data pergerakan.

Sudah pasti, ia amat ditagih penggiat hobi yang membabitkan kelajuan kerana data speedometer boleh dilampirkan dalam video.

Aspek videografinya menyaksikan ia kekal merakam video 4K pada kadar 30fps manakala foto boleh dirakam pada resolusi sehingga 12MP dan kali ini penstabil digital turut diperkenalkan.

Hero5 Black dan Hero5 Session mempunyak keupayaan mendengar 12 arahan suara seperti ‘GoPro Take a Photo’ atau ‘GoPro Stop Recording’ dalam tujuh bahasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 5:49 AM