RUMAH rakit dan bangsal yang siap dibina penduduk Kampung Limau Kasturi untuk menghadapi banjir.
RUMAH rakit dan bangsal yang siap dibina penduduk Kampung Limau Kasturi untuk menghadapi banjir.
Oleh Ramli Ibrahim


Gua Musang: “Saya membelanjakan RM2,000 bagi membina rumah rakit ini yang akan digunakan ketika banjir nanti,” kata Isa Mat, 59, penduduk Kampung Limau Kasturi, di sini, semalam.

Dia antara 15 penduduk kampung itu yang membina rumah rakit untuk kegunaan seisi keluarga mereka jika banjir berlaku.

Katanya, kos itu termasuk perbelanjaan membeli tong dan kayu yang menjadi asas pembinaan rumah rakit manakala buluh yang menyokong struktur binaan diambil dari hutan berhampiran.

Isa berkata, rumah rakitnya diletakkan berhampiran kediaman supaya memudahkan dia sekeluarga berpindah ke kawasan selamat sekiranya air Sungai Galas naik mendadak.

“Kita bina rumah rakit ini dengan mengambil iktibar daripada kejadian bencana banjir, Disember tahun lalu. Sekurang-kurangnya dengan rumah rakit, tidaklah kami terperangkap lagi dan hanya berpindah atas bukit sahaja,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 9:35 AM