Oleh Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 141 orang daripada 31 keluarga dengan pusat pemindahan terbaru dibuka di Marang, petang semalam menjadikan tiga semuanya di Terengganu.

Sehingga jam 8.30 malam tadi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi portal etindakan.terengganu.gov.my memaklumkan, 74 mangsa daripada 15 keluarga dari Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Payong, Marang, ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong, Marang, selepas kediaman mereka dinaiki air, kira-kira jam 6 petang semalam.

Seramai 67 mangsa daripada 16 keluarga di bandar raya ini yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chendering dan Dewan Sivik Gong Badak, masih belum dapat pulang ke rumah masing-masing.

Dijangkakan lebih banyak pusat pemindahan dibuka berikutan hujan lebat tanpa henti yang melanda negeri sejak kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 8:40 PM