Oleh Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: Bilangan mangsa banjir di bandar raya ini terus meningkat apabila sembilan orang daripada lima keluarga sekitar Gong Badak, dekat sini, terpaksa dipindahkan ke Dewan Sivik Gong Badak, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Pusat pemindahan banjir itu adalah yang kedua dibuka di negeri ini dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataannya memaklumkan, jumlah mangsa banjir terkini di Terengganu kini mencecah 47 orang daripada 15 keluarga.

Seramai 38 orang daripada 10 keluarga masih lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini selepas rumah mereka dinaiki air, petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 2:44 AM