Baddrol mahu bantu Kedah di final Piala Malaysia. - Foto fail NSTP
Baddrol mahu bantu Kedah di final Piala Malaysia. - Foto fail NSTP

Alor Setar: Baddrol Bakhtiar mahu mengulangi kenangan manis semasa Kedah menewaskan Selangor dalam final Piala Malaysia pada tahun 2008.

Peluang ini bakal dikecapi oleh pemain tengah itu apabila skuad Helang Merah bertemu The Red Giants di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Baddrol, 27, masih merupakan pemain junior ketika pertemuan 2008 itu.

"Saya akan manfaatkan pengalaman pada 2008 sepenuhnya untuk membantu pasukan Kedah dalam memburu kejuaraan kali ini. Ia mungkin permulaan untuk mengulangi semula kejayaan Kedah era 2007 dan 2008," katanya.

Beliau berkata Kedah musim ini menampilkan corak permainan berbeza di bawah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dan kini diambil alih pemangku jurulatih Ramon Marcote. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 4:32 PM