1. SEDIAKAN semua bahan yang diperlukan dan kisar bahan rempah hingga halus.
1. SEDIAKAN semua bahan yang diperlukan dan kisar bahan rempah hingga halus.
2. PANASKAN minyak masak dan tuangkan semua bahan rempah yang dikisar. Biarkan hingga wangi.
2. PANASKAN minyak masak dan tuangkan semua bahan rempah yang dikisar. Biarkan hingga wangi.
3. MASUKKAN air dan biarkan hingga mendidih pada api perlahan selama lima hingga lapan minit.
3. MASUKKAN air dan biarkan hingga mendidih pada api perlahan selama lima hingga lapan minit.
4. AMBIL air pes asam jawa, gula melaka serta garam dan masukkan ke dalam masakan. Biarkan seketika.
4. AMBIL air pes asam jawa, gula melaka serta garam dan masukkan ke dalam masakan. Biarkan seketika.
5. MASUKKAN ayam ke dalam masakan.
5. MASUKKAN ayam ke dalam masakan.
6. KEMUDIAN, masukkan kentang dan daun kesum. Biarkan hingga kuah menjadi pekat.
6. KEMUDIAN, masukkan kentang dan daun kesum. Biarkan hingga kuah menjadi pekat.
HIDANGKAN kari ayam nyonya ketika panas bersama nasi beras perang.
HIDANGKAN kari ayam nyonya ketika panas bersama nasi beras perang.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Sesekali cuba hidangan berbeza untuk dinikmati seisi keluarga. Bagi yang menggemari sajian asli gabungan cita rasa Melayu dan Cina, boleh cuba hasilkan kari ayam nyonya.

Cef Sous Hotel Maya Kuala Lumpur Mohamad Shahril Bidik berkongsi resipi kari ayam Nyonya yang enak dimakan panas bersama roti untuk sarapan mahupun minum petang atau nasi beras perang sebagai hidangan makan tengah hari atau malam. Bagi anda yang mahu menghasilkan sendiri kari ayam nyonya, ikuti langkah mudah ditunjukkan Cef Mohd Shahril. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHANNYA

- 100 gram bawang merah

- 50 gram bawang putih

- 50 gram halia

- 30 gram lengkuas

- 30 gram serai

- 100 gram cili merah

- 50 gram cili kering

- 30 gram belacan

- 20 gram buah keras

- 2 batang bunga kantan

- 30 gram kunyit segar

- 50 gram pes asam jawa

- 50 gram gula Melaka

- Garam secukup rasa

- Daun kesum

- Kentang (dipotong empat)

- 100 mililiter air

- 100 mililiter minyak masak

- 400 gram ayam bahagian paha tanpa tulang (dipotong empat)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:08 PM