1. SEDIAKAN bahan diperlukan.
1. SEDIAKAN bahan diperlukan.
2. CAMPURKAN semua bahan ke dalam mangkuk untuk membuat salsa kecuali kupang dan minyak zaitun. Kemudian, gaul dan ketepikan.
2. CAMPURKAN semua bahan ke dalam mangkuk untuk membuat salsa kecuali kupang dan minyak zaitun. Kemudian, gaul dan ketepikan.
3. REBUS kupang dalam air mendidih sehingga masak dan toskan airnya.
3. REBUS kupang dalam air mendidih sehingga masak dan toskan airnya.
4. LETAKKAN salsa di atas kupang dan hias dengan hiasan yang disukai.
4. LETAKKAN salsa di atas kupang dan hias dengan hiasan yang disukai.
5. KUPANG dan salsa tomato sedia untuk dinikmati.
5. KUPANG dan salsa tomato sedia untuk dinikmati.
CEF Anthony menunjukkan hidangan yang mudah disediakan dan enak dimakan.
CEF Anthony menunjukkan hidangan yang mudah disediakan dan enak dimakan.
Hajahfarhana Tarmudi


Salsa tomato terkenal dalam hidangan Barat. Ia berasal dari Mexico dan rasanya yang sedikit pedas serta berkilau kerana sentuhan minyak zaitun membangkitkan selera penggemar hidangan Barat.

Pelbagai jenis makanan yang boleh dimakan bersama salsa tomato seperti roti, makanan laut dan pasta. Lebih menarik apabila ia sangat senang disediakan selain bahan yang diperlukan untuk membuat salsa tomato juga mudah didapati di mana saja.

Jelas Chef de Partie Cinnamon Coffee House Hotel One World, Anthony Philip, salsa tomato lebih enak jika digandingkan bersama makanan laut dan roti.

“Menariknya, salsa tomato yang siap dibuat ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga dua hari jika tidak mahu dinikmati terus selepas ia dibuat.

“Selain itu, untuk memastikan kupang yang dipilih cukup masak dan enak dinikmati bersama salsa, rebus selama kira-kira tiga minit.

“Sebelum merebus kupang, ia perlu dibasuh dan direndam di dalam air sejuk terlebih dulu hingga kulitnya terbuka,” katanya.

Ujarnya, untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, rebus kupang menggunakan stok ikan. Akhir sekali, ketika menghias hidangan gunakan kentang lecek dan letakkan di bawah kupang sebagai pelekat bagi mendapatkan hiasan sajian yang menarik serta statik.

Untuk mendapatkan sentuhan yang berkilat dan berjus, tuang minyak zaitun sebelum meletakkan salsa di atas kupang. Kemudian, tuang salsa ke atas susunan kupang dengan kemas dan siap untuk dinikmati seisi keluarga.

BAHAN:

• 120 gram kupang

• 40 gram bawang besar (dipotong dadu)

• 20 gram bawang putih (dipotong dadu)

• 140 gram tomato (dipotong dadu)

• 10 gram daun parsli atau daun ketumbar (dicincang halus)

• 20 gram jus limau

• 10 gram garam

• 20 gram cili merah (dicincang halus)

• 20 mililiter minyak zaitun

• Tomato puri

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 11:59 AM