PEGAWAI BPF melakukan pemeriksaan pada premis yang dijadikan kilang menghasilkan minuman perangsang seks haram.
PEGAWAI BPF melakukan pemeriksaan pada premis yang dijadikan kilang menghasilkan minuman perangsang seks haram.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Gombak: Seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dianggap 'saintis' menghasilkan puluhan produk rangsangan seks haram akhirnya berjaya ditumpaskan ketika sedang mengadun kimia pembunuh thiodimethylsildenafil.

Lelaki terbabit yang juga pemilik kilang haram di Taman Selayang di sini, dikesan mencampurkan 'resipi' maut kimia thiodimethylsildenafil yang disahkan boleh mengakibatkan sakit jatung dan mati mengejut ke dalam minum jus manggis.

Kimia analog itu dikesan beberapa kali ganda lebih merbahaya berbanding kimia sindenafil dan taladafil diluluskan di dalam pil perangsang seks viagra atau cialis.

Sumber berkata kegiatan penghasilan produk perangsang seks haram itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Selangor menyerbu premis itu jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan sejak seminggu lalu berikutan dalang sindiket itu amat berwaspada dan kerap berpindah randah lokasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:12 AM