PENGUAT kuasa menjalankan operasi dan pemeriksaan ke atas sebuah stor ubat-ubatan haram di Petaling Jaya.
PENGUAT kuasa menjalankan operasi dan pemeriksaan ke atas sebuah stor ubat-ubatan haram di Petaling Jaya.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Petaling Jaya: “Macam mana awak boleh tahu tempat ini (stor sulit)? Saya tak percaya!” soal lelaki ‘raja steroid’ yang diberkas sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati menjadi pengedar utama ubat-ubatan haram ke seluruh negara.

Lelaki berusia 50-an itu berulang kali menyoal perkara sama kepada pegawai BPF sejurus pejabat dan stor miliknya di SS 20, diserbu serentak pihak berkuasa jam 11 pagi semalam.

Operasi membabitkan lebih 30 pegawai BPF Selangor dan Ibu Pejabat BPF diketuai Timbalan Pengarah Operasi Sha’ari Abd Rahman mendapati suspek dan isteri menjalankan kegiatan haram membungkus dan mengedar beratus jenis ubat-ubatan tidak berdaftar mengandungi kimia steroid.

Jurucakap BPF berkata, risikan dilakukan sejak hampir sebulan lalu sebelum pegawai BPF dapat mengesan lokasi stor dan pejabat milik pasangan itu.

“Ketika serbuan pasangan itu didapati sedang menguruskan penghantaran produk haram mereka di premis terletak berhampiran Taman Medan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 8:34 AM