SMALLING (kiri) dikekang pemain West Ham. Gambar kecil, taktikal Van Gaal tidak digemari penyokong United.
SMALLING (kiri) dikekang pemain West Ham. Gambar kecil, taktikal Van Gaal tidak digemari penyokong United.
AFP

Manchester, England: Louis van Gaal menegaskan beliau masih mendapat sokongan penyokong Manchester United yang kecewa meskipun pengendali itu tidak faham mengenai desakan untuk beraksi lebih menyerang ketika seri 0-0 menentang West Ham, kelmarin.

United gagal menjaringkan gol buat kali kelima di Old Trafford musim ini, sekali gus menyaksikan empat daripada enam perlawanan terakhir di laman sendiri mereka berakhir dengan keputusan tanpa jaringan.

Skuad kendalian Van Gaal tanpa penjaring terbanyak Wayne Rooney yang mengalami kecederaan berdepan penyudah tumpul menentang West Ham yang dilihat memiliki kelebihan untuk mencatat kemenangan pertama dalam lima perlawanan Liga Perdana.

Bukan kali pertama musim ini penyokong United melaungkan “serang, serang, serang” ketika perlawanan dan mengejek anak buah Van Gaal selepas tamat yang mana mereka kekal tidak kalah di tempat sendiri musim ini meskipun tergelincir ke tangga keempat Liga Perdana.

Ketika ditanya mengenai kritikan terhadap taktik lapuk itu, pengurus United Van Gaal berkata: “Saya tidak faham kenapa mereka menjerit ‘serang, serang’ kerana pasukan kami sedang menyerang dan bukannya West Ham.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 7:15 AM