Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, di sini, 3.10 petang tadi.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadot mengetuai bacaan talkin sebaik Tunku Abdul Jalil dimakamkan di pusaranya yang terletak bersebelaham makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Ismail.

Terdahulu jenazah tiba dengan pedati khas kira-kira 2 petang diiringi anggota keluarga diraja termasuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut menaiki pedati berkenaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Turut hadir, tetamu diraja termasuk Putera Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim MuĀ’adzam Shah.

Barisan pembesar negeri selain kerabat diraja termasuk rakyat jelata turut sama hadir memberi penghormatan terakhir terhadap Tunku Abdul Jalil yang dikenali sebagai putera raja berjiwa rakyat selain tinggi sikap rendah diri serta penyayang.

Berita berkaitan:

Kental bertarung barah hati

-->: http://hmtro.com/1R2g40e

Tunku Abdul Jalil mangkat

-->: http://hmtro.com/1N2XBwK

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 4:07 PM
SUASANA pilu mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Tunku Abdul Jalil dari Istana Besar menaiki Pedati Diraja yang ditarik kira-kira tiga kilometer menuju ke Makam Diraja Mahmoodiah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SUASANA pilu mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Tunku Abdul Jalil dari Istana Besar menaiki Pedati Diraja yang ditarik kira-kira tiga kilometer menuju ke Makam Diraja Mahmoodiah. FOTO Mohd Azren Jamaludin