PEMAIN Johor DT, Marcos Antonio (kiri) cuba menghalang pemain FELDA United, Fernandes Thiago Augusto pada pertemuan, kelmarin.
PEMAIN Johor DT, Marcos Antonio (kiri) cuba menghalang pemain FELDA United, Fernandes Thiago Augusto pada pertemuan, kelmarin.
Oleh Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Kegagalan pemain FELDA United menyekat hantaran lintang antara punca yang dikenal pasti menjadi penyebab utama kepada jaringan pada minit akhir sekali gus diikat 1-1 oleh Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, kelmarin.

Kesimpulan itu diluahkan sendiri pengendali The Fighters Irfan Bakti Abu Salim sejurus tamat aksi kedua-dua pasukan sambil mengakui pemainnya akan berdepan laluan cukup berliku pada aksi timbal balik di Larkin Sabtu ini.

Katanya, beliau amat kecewa terutama kelekaan anak buahnya mengawal gerakan pemain lawan menerusi hantaran lintang yang jelas banyak mengucar-ngacirkan kubu tuan rumah.

“Memang saya kecewa dengan keputusan ini kerana ia jelas menyukarkan peluang kami apabila bertandang ke tempat mereka nanti.

“Pemain gagal menghalang hantaran lintang dan itu punca mengapa gawang kami dibolosi selain faktor kelekaan di hujung aksi permainan. Kami perlu segera bangkit dan cuba beri yang terbaik pada aksi kedua,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Pada aksi itu, tuan rumah memulakan babak pertama dengan baik apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Thiago Augusto Fernandes.

Ketika aksi hanya berbaki seminit, pemain gantian Amirul Hadi Zainal muncul wira juara Piala AFC itu yang bijak menyambut hantaran lintang rakan sepasukan sebelum mudah menolak masuk buat mengikat kedudukan, sekali gus memberi kelebihan kepada skuad Harimau Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 10:58 AM