AGUS Sunarno (tengah) dibantu pekerjanya menyiapkan makanan yang dipesan pelanggan.
AGUS Sunarno (tengah) dibantu pekerjanya menyiapkan makanan yang dipesan pelanggan.

Kediri: Seorang peniaga menawarkan makan percuma seumur hidup kepada semua pelanggannya yang bernama Agus.

Pemilik kedai Bakso Kelenger Mas Agus itu berkata, untuk menikmati makanan secara percuma, pengunjung perlu menunjukkan kad pengenalan mereka.

“Saya menawarkan kepada pengunjung yang bernama Agus makan percuma. Mereka bebas memilih apa saja makanan yang dijual di kedai saya. Dan tawaran ini adalah untuk seumur hidup. Tunjuk saja kad pengenalan,” kata pemilik kedai Agus Sunarno.

Menurutnya, mereka yang mempunyai nama yang sama dengannya juga berpeluang untuk bekerja dengannya, termasuk menjadi tukang masak.

Selain itu, Agus yang mula menjaja mi dan bakso sejak 2004 sebelum membuka kedai tahun lalu, juga menawarkan bakso percuma kepada pelanggannya yang menyambut hari jadi.

Katanya, tawaran yang dibuatnya itu adalah sebahagian daripada strategi pemasarannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 10:31 AM