FAIL Goh Thean Howe
FAIL Goh Thean Howe
Oleh Ferzalfie Fauzi

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Siri Super Terbuka Hong Kong apabila mengalahkan, wakil China, Tian Houwei dalam perlawanan akhir, hari ini.

Chong Wei mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-16, dalam 49 minit di Hong Kong Coliseum untuk merangkul kejuaraan kali kelima tahun ini.

Sebelum ini, dia muncul juara Grand Prix (GP) Emas Terbuka Amerika Syarikat, GP Terbuka Kanada, Terbuka Perancis dan Siri Super Perdana Terbuka China.

Kemenangannya itu menebus kekecewaan pada 2013 apabila ketika itu dia tumpas kepada Houwei dalam aksi separuh akhir Terbuka Australia.

Chong Wei yang menduduki ranking keenam dunia sebelum ini pernah muncul juara di Terbuka Hong Kong pada 2009, 2010 dan 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:56 PM