IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Lori tangki berkapasiti 15,000 liter mengalami kebocoran sekaligus menyebabkan tumpahan asid hidroklorik di Hentian Dengkil di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), arah selatan, dekat sini, pada 7.28 pagi, hari ini.

Jurucakap bomba berkata, anggota dari Balai Polis Puchong dan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Balai Bomba Shah Alam bergegas ke tempat kejadian.

"Pemeriksaan mendapati lori berkenaan mengalami kebocoran pada bahagian atas tangki. Tapi kuantiti sedikit sahaja," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan HAZMAT membuat penyejukan sementara menunggu pihak syarikat hadir ke lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 12:19 PM