ALMARHUMAH Tunku Datuk Hamidah Sultan Badlishah. FOTO ihsan Pejabat SUK Kedah
ALMARHUMAH Tunku Datuk Hamidah Sultan Badlishah. FOTO ihsan Pejabat SUK Kedah
Oleh Norul Awatif Romli


Alor Setar: Kekanda kepada Yang Dipertuan Agong, Tunku Datuk Hamidah Sultan Badlishah, 90, mangkat pada 11.50 pagi tadi akibat sakit tua.

Almarhumah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Jenazah Almarhumah akan akan disemayamkan kira-kira 3 petang hingga 7 malam di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi penghormatan terakhir dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada 10 pagi esok.

Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah menerusi satu kenyataan media, di sini, mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhumah Tunku Hamidah.

"Saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah dan berdoa kepada Allah SWT semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama golongan Shuhadah dan Solihin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 5:41 PM