Oleh Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah memfailkan saman fitnah terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan fitnahnya mendakwa Najib menyalahgunakan dana kerajaan.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkmah Tinggi, Selasa lalu dengan menamakan Ling sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Najib mendakwa Ling ada mengeluarkan kenyataan fitnah dan diterbitkan melalui portal Malay Mail Online.

Artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik join's call for najib's ouster for allegedly putting people's money in his own account' pada 3 Oktober lalu.

Najib mendakwa Ling secara salah dan berniat jahat ada mengeluarkan kenyataan fitnah itu ketika majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, dekat sini.

Menurutnya, perkataan fitnah itu membawa maksud antaranya Najib menyalahgunakan wang milik dana pelaburan kerajaan ke dalam akaunnya bagi kepentingan peribadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 7:53 PM