ANGELBABY digelar Kim Kardashian China.
ANGELBABY digelar Kim Kardashian China.

Shanghai: Pelakon, penyanyi dan model yang digelar sebagai Kim Kardashian China mengikat tali perkahwinan dalam satu majlis mewah yang dianggarkan bernilai £20 juta (RM130 juta).

Majlis itu turut dilengkapi kek perkahwinan setinggi 10 kaki, istana hologram dan dihadiri 2,000 tetamu. Pengantin perempuan turut mengenakan gaun putih khas rekaan Dior.

Angela Yeung, 26, atau lebih dikenali sebagai Angelababy yang memulakan karier peragaan ketika berusia 14 tahun dan kini dianggap sebagai salah satu bintang terbesar Asia berkahwin dengan pelakon terkenal Huang Xiaoming di Shanghai minggu lalu.

Gaun pengantin Angela dikatakan mengambil masa lima bulan untuk disiapkan dan menggunakan ratusan kaki satin organza serta tulle. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:44 AM