BAJU-T dipotong pendek, digabung skirt plastik berwarna.
BAJU-T dipotong pendek, digabung skirt plastik berwarna.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Marc By Marc Jacobs baru-baru ini membariskan aliran fesyen moden penuh warna dan potongan unik yang mendapat inspirasi daripada semangat gemar melakukan eksperimen dan berani golongan muda.

Ia juga diilhamkan daripada budaya segelintir golongan muda yang gemar kepada konsep suai padan mengikut cita rasa masing-masing, sekali gus menjadikan fesyen berkenaan lebih peribadi serta sesuai dengan personaliti mereka.

Fesyen wanita terkini yang dibawakan jenama besar dalam industri itu menampilkan idea unik seperti baju-T dipotong pendek dan digabungkan dengan skirt plastik berwarna dan seluar panjang poplin yang menggunakan material mampu meregang.

Gaun feminin didatangkan dalam warna monokrom menggunakan kain nilon taf, selain menampilkan gaya ala tentera menerusi potongan jaket dan sut putih.

Baju berlengan panjang digabungkan dengan kain organza bercorak ‘bung-kusan buih’ dana plastik bercetak untuk memperlihatkan hasil unik gaun yang dijahit secara cantuman kain perca.

Selain pakaian, aksesori keluaran jenama itu turut mendapat perhatian. Ia banyak menampilkan gaya daripada kulit selain pilihan warna kasut yang mewah, daripada hitam hingga ke hijau muda.

Kasut kanvas dan but kulit dihasilkan dengan potongan panjang dalam warna hitam serta kelabu. Pada masa sama, beg tangan dengan penampilan grafik termasuk berbentuk seperti donut dan kiub, dihasilkan daripada plastik berwarna selain kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 5:04 AM