MAYAT kanak- kanak lelaki ditemuidi Kampung Mangkalinau, Batu Tiga, dekat sini, pagi tadi. FOTO ihsan Bomba
MAYAT kanak- kanak lelaki ditemuidi Kampung Mangkalinau, Batu Tiga, dekat sini, pagi tadi. FOTO ihsan Bomba
Oleh Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Mangkalinau, Batu Tiga, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang ditemui penduduk kampung terbaring di situ yang memaklumkan pihak bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Enam Sabah, Anndree Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.01 pagi.

"Sejurus menerima panggilan, enam anggota dikerahkan ke lokasi bersama sebuah jentera dan tiba tiga minit kemudian di tempat kejadian.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, terdapat satu mayat kanak-kanak lelaki, dipercayai maut terkena renjatan elektrik baring berhampiran parit.

"Mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kawasan berbahaya sebelum diserahkan kepada pihak polis" katanya.

Menurutnya, setakat ini pihaknya masih mendapatkan butiran lanjut berkaitan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 10:04 AM