LAPORAN portal Harian Metro semalam.
LAPORAN portal Harian Metro semalam.
Adnan Ibrahim


MAYAT yang ditemui terapung di Sungai Palembang, dekat Kluang, petang semalam dikenal pasti sebagai R G Rajandran berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daeeah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar dalam sungai berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa ke sungai berkenaan seorang diri untuk mencari ikan.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai menggunakan renjatan elektrik berikutan penemuan satu set generator dan kabel elektrik berhampiran tempat kejadian.

“Mayat ditemui dalam air yang cetek dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku kepada mangsa.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat mangsa dari dalam sungai.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Abduh berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan punca kejadian sebenar akan teruskan.

Semalam, portal Harian Metro melaporkan

lelaki berusia 30-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafa dilaporkan berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.18 petang, pihaknya menggerakkan enam anggota dan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Berita berkaitan

Maut terkena renjatan elektrik

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 10:09 AM