TERTUDUH membabitkan memiliki bahan penerbitan berkaitan IS di Kompleks Mahkamah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
TERTUDUH membabitkan memiliki bahan penerbitan berkaitan IS di Kompleks Mahkamah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Komando dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan memiliki bahan penerbitan membabitkan militan Negara Islam (IS) Ogos lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Adib Zakir Zahri, 28, dari Simpang Empat, Alor Setar, Kedah, didakwa memiliki item penerbitan yang mempunyai kaitan dengan militan IS di Balai Polis Sungai Udang, Melaka, pada 8.50 pagi, 19 Ogos lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula kes sekali gus membuat permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 11:09 AM