KEADAAN di landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. FOTO Supian Ahmad
KEADAAN di landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. FOTO Supian Ahmad
Oleh Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, ditutup hampir tiga jam pagi tadi berikutan jarak penglihatan terhad akibat jerebu sebelum operasinya diteruskan jam 10.30 pagi tadi.

Pengurus Lapangan Terbang Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB) LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, jarak penglihatan terhad dengan catatan 500 meter menyebabkan landasan terpaksa ditutup.

"Operasi di LTSAS masih berjalan, hanya landasan ditutup sementara waktu sejak jam 7 pagi, namun begitu jarak penglihatan kembali stabil dengan catatan 1,200 meter pada jam 10.30 pagi.

"Landasan dibuka semula dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa ," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Katanya, bagaimanapun dalam tempoh landasan ditutup tidak ada sebarang penerbangan tiba mahupun berlepas dijadualkan dalam tempoh itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 11:58 AM