Aguero menyudahkan sepakan penalti kemenangan 2-1 The Citizens di Monchengladbach. - Pix Reuters
Aguero menyudahkan sepakan penalti kemenangan 2-1 The Citizens di Monchengladbach. - Pix Reuters

Monchengladbach: Sepakan penalti Sergio Aguero pada minit ke-90 memastikan Manchester City bangkit menang 2-1 di Borussia Moenchengladbach pada perlawanan Liga Juara Juara awal pagi tadi.

Duka akibat penalti kelab Jerman itu berterusan selepas kempen kekalahan pertama 3-0 di Sevilla juga melalui dua sepakan penalti meletakkan Gladbach di tangga tercorot Kumpulan D.

City berada di tangga ketiga dipisahkan melalui perbezaan gol dengan pendahulu kumpulan, Juventus menikmati kemenangan tempat sendiri mengatasi Sevilla 2-0.

Skuad City kendalian Manuel Pellegrini tewas 2-1 di tempat sendiri kepada kelab Itali itu pada saingan pertama.

"Ia kemenangan berharga dan kami bermain dengan baik pada 25 minit terakhir. Ia penting sebagai reaksi selepas kecundang kepada Juventus," kata Pellegrini.

Penyerang Lars Stindl meletakkan Gladbach mendahului di Borussia Park sebelum City menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Andreas Christensen. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 1:24 PM