Anggota polis Arab Saudi memantau paparan CCTV di pusagt kawalan. Kamera CCTV dipasang di seluruh kawasan dari Makkah dan Madinah sebagai langkah kawalan ketika musim haji. - Foto  REUTERS
Anggota polis Arab Saudi memantau paparan CCTV di pusagt kawalan. Kamera CCTV dipasang di seluruh kawasan dari Makkah dan Madinah sebagai langkah kawalan ketika musim haji. - Foto REUTERS
Jamil Khir (dua dari kanan) beramah mesra dengan anak tunggal Allahyarham Shahidan Saad. - Foto BERNAMA
Jamil Khir (dua dari kanan) beramah mesra dengan anak tunggal Allahyarham Shahidan Saad. - Foto BERNAMA

Kubang Pasu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terlibat dalam tragedi rempuhan ketika melontar jamrah di Mina, semalam.

Beliau berkata jemaah haji Malaysia berada tiga kilometer dari tempat kejadian dan hanya jemaah negara Arab sahaja terlibat dalam kejadian itu.

"Laluan itu bukan laluan jemaah haji negara ini dan setakat pagi tadi (waktu Malaysia) Tabung Haji (TH) memaklumkan tiada jemaah kita terlibat dalam insiden itu," katanya ketika melawat keluarga Allahyarham Shahidan Saad di Kampung Kodiang Lama Luar, Kodiang dekat sini hari ini.

Katanya insiden itu dipercayai berlaku selepas jemaah haji dari negara Arab keluar dalam jumlah besar mengakibatkan mereka berhimpit dalam keadaan cuaca panas sehingga berlaku kejadian rempuhan.

Lebih 700 jemaah haji meninggal dunia manakala kira-kira 863 jemaah lagi cedera.

Sementara itu Jamil Khir berkata pihak TH telah menguruskan haji badal untuk tujuh jemaah haji yang meninggal dunia akibat kren tumbang di Makkah 11 Sept lepas.

Beliau berkata jemaah haji yang cedera akibat insiden itu juga sudah keluar dari hospital dan turut menyertai rombongan jemaah lain molantar jamrah di Mina.

Katanya TH menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah yang cedera teruk seperti menyediakan ambulans bagi membolehkan mereka melaksanakan ibabah berkenaan.

"Bagi jemaah yang cedera dan mahu pulang awal, mereka di beri keutamaan," katanya.

Sementara itu Jamil berkata pihaknya telah menyampaikan wang ehsan daripada TH sebanyak RM20,000 dan sumbangan takaful sebanyak RM20,000 kepada keluarga Allahyarham Shahidan Saad, seorang daripada tujuh jemaah haji Malaysia yang maut akibat kren tumbang di Masjidil Haram baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 10:51 PM