Oleh Suraya Roslan

Petaling Jaya: Tujuh plastik mengandungi cebisan dan tulang yang masih tidak diketahui identiti membabitkan jemaah yang terkorban dalam nahas kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, 11 September lalu.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata dua waris jemaah haji Malaysia yang masih hilang iaitu Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah sudah menyerahkan DNA untuk pengesahan identiti pada 6.15 petang waktu Arab Saudi, semalam.

"Waris Shahidan iaitu abang, Sobri dan adiknya, Zulhakimin manakala Abdul Habib diwakili anaknya Mohamad Fazil, 39.

"Sementara menunggu keputusan DNA yang memerlukan tiga minggu, kita akan tetap meneruskan pencarian dua jemaah itu,” katanya dalam sidang media di Kompleks Tabung Haji, di sini, hari ini.

Sehingga ini, katanya, waris dua jemaah berkenaan diberi peluang menunaikan haji dengan kos ditanggung oleh TH.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 9:31 PM