SYED Saleh (kanan) menyampaikan penghargaan kepada Sahabat TH.
SYED Saleh (kanan) menyampaikan penghargaan kepada Sahabat TH.
SAHABAT TH bergambar kenangan selepas menerima sijil penghargaan daripada Tabung Haji.
SAHABAT TH bergambar kenangan selepas menerima sijil penghargaan daripada Tabung Haji.

Makkah: Komitmen berterusan ditunjukkan petugas Tabung Haji (TH) dan Sahabat TH melancarkan pengurusan operasi haji tahun ini terutama ketika berdepan tragedi.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kerjasama itu dapat dilihat ketika berdepan tragedi kren tumbang dan rempuhan di Mina, baru-baru ini.

Dalam kejadian kren tumbang pada 11 September lalu, lebih 100 jemaah haji terbunuh termasuk tujuh dari Malaysia.

Sementara itu, dalam kejadian rempuhan di Mina pada 24 September pula, lebih 700 jemaah haji dari pelbagai negara terbunuh termasuk seorang dari Malaysia.

Beliau berkata, pasukan sukarelawan 196 orang itu bekerjasama rapat dengan petugas TH bagi memastikan operasi haji kali ini lancar.

Daripada jumlah itu katanya, 140 adalah Sahabat TH, 42 (Sahabat Ibadat) dan 14 (Sahabat Perubatan).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 10:33 AM