JAMIL Khir bergambar bersama jemaah haji Malaysia di maktab penginapan TH di Makkah.
JAMIL Khir bergambar bersama jemaah haji Malaysia di maktab penginapan TH di Makkah.

Makkah: Keputusan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai kehilangan dua jemaah haji Malaysia dalam kejadian kren runtuh Jumaat lalu akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Dua jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji (TH) sudah menguruskan penerbangan waris dua jemaah haji untuk proses berkenaan.

Waris Shahidan ialah abangnya, Sobri dan adik, Zulhakimin, manakala Abdul Habib pula diwakili anaknya, Mohamad Fazil, 39.

Beliau berkata, usaha itu bertujuan mendapatkan padanan DNA jenazah tidak sempurna dikumpulkan di Rumah Mayat Muaissem.

“Terdapat tujuh beg plastik mengandungi cebisan mayat.

“Pihak berkuasa Arab Saudi sudah menjalankan ujian DNA ke atas cebisan itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 9:29 AM