Pertembungan Villa dan Birmingham menyebabkan dalaman rumah bertukar menjadi warna kelab.
Pertembungan Villa dan Birmingham menyebabkan dalaman rumah bertukar menjadi warna kelab.
John dan isterinya tidak sabar menanti perlawanan Villa dan Birmingham. - Pix Mirror
John dan isterinya tidak sabar menanti perlawanan Villa dan Birmingham. - Pix Mirror

Birmingham: Cinta bolasepak membuatkan dalaman tempat tinggal dihias mengikut warna gelanggang tuan rumah kelab diminati.

Itulah dilakukan John Goodfellow dan Yasmin Romane menjelang pertembungan pusingan ketiga Piala Liga menemukan Aston Villa dan Birmingham City di Villa Park awal pagi Rabu.

John peminat tegar Villa sementara isterinya menyokong Blues.

Pasangan terbabit mengikuti derby dua kelab itu sejak lapan tahun lalu sebelum berkahwin pada 2012.

Lebih menarik anak kembar perempuan pasangan itu Sophia dan Sienna turut memakai jersi kelab disokong ibu bapa mereka.

Yasmin berkata: “Kami tidak bertentang mata apabila dua pasukan ini bertembung. Perlawanan derby begitu bermakna buat kami. Untuk 90 minit di Villa Park kami bermusuhan seketika.” - Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 12:23 PM