Warga bandar raya JB tidak melepaskan peluang lihat lebih dekat Trak Mack Sultan Johor. FOTO Mohd Azren Jamaluddin
Warga bandar raya JB tidak melepaskan peluang lihat lebih dekat Trak Mack Sultan Johor. FOTO Mohd Azren Jamaluddin
Oleh Redzuan Muharam


Johor Bahru: Warga bandar raya ini membanjiri pekarangan Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene di sini bagi menyaksikan lebih dekat Trak Mack milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diletakkan di situ sejak 7 malam hingga 9 malam tadi.

Keadaan itu menyebabkan jalan raya berhampiran sesak dengan kenderaan orang ramai.

Tinjauan Harian Metro mendapati pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar dengan trak yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta itu.

Keadaan bagaimanapun terkawal dengan bantuan anggota polis trafik dan askar Timbalan Setia Negeri yang bertugas di sekitar Gerbang Mahkota.

Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut mencemar duli keluar ke pekarangan Gerbang Mahkota namun tidak menaiki trak berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 9:43 PM