KEADAAN berjerebu di kawasan sungai Siak di Pekanbaru, Riau pada 14 September. FOTO Reuters
KEADAAN berjerebu di kawasan sungai Siak di Pekanbaru, Riau pada 14 September. FOTO Reuters
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kementerian Luar membuka bilik operasi bagi memantau keadaan semasa dan memberi bantuan kepada penuntut serta warganegara Malaysia yang terjejas teruk akibat jerebu yang melanda Riau khususnya di Pekanbaru, Indonesia.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Bilik operasi berkenaan boleh dihubungi melalui talian 03-8887 4570 atau emel [email protected].

"Bilik operasi Konsulat Malaysia di Pekanbaru juga sudah dibuka dan boleh dihubungi di talian +62 761 856 166/67 atau emel di [email protected],"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 10:09 AM