Hayati Ibrahim


Putrajaya: Semua 428 penuntut Malaysia di Banda Acheh, Indonesia dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

"Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada warganegara Malaysia yang terbabit dalam bencana gempa bumi berskala 6.4 skala Richter yang melanda Banda Acheh.

"Bagaimanapun, warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan," katanya.

Alamat yang boleh dihubungi ialah Konsulat Jeneral Malaysia Medan, Jalan P Diponegoro No.43, Medan 20152. Sumatera Utara.

Sementara talian telefon adalah+62 61 453 1342 / 453 5271 / 452 3992 atau emel, [email protected] atau menghubungi Wisma Putra 03-8887 4570 (selepas waktu bekerja) atau 03-8887 4530.

Berita berkaitan:

Korban kini meningkat 54 orang

Lapan kanak-kanak antara 25 maut

Panjang usia mu Aliya...

20 maut, Aceh bergegar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 4:07 PM