Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan itu ibarat sengaja menjerut nyawa.

Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan, tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelar orang tua cerewetnya mengalahkan perempuan itu?

Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah barunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.

Pertemuan semula yang tidak diduga membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Pelbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang lama bertakhta di hatinya itu. Mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?

Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff, akhirnya lamaran lelaki itu diterima. Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuan-Nya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata?

INFO

- Judul: Kupilih Untuk Setia

- Penulis: Ameera Ameer

- Penerbit: Anaasa Publication

- Harga: RM28

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 8:44 AM