ANGGOTA bomba mengawal kebakaran dalam tempoh kira-kira 40 minit. FOTO  ihsan Bomba

Oleh Siraj Mohd Zaini

Kuala Lumpur : Dua puluh bengkel kereta serta tiga rumah di Jalan Antoi Kanan 4, Kepong Baru musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Rohaya Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.29 pagi dan 57 anggota dan pegawai dari BBP Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran yang turut membabitkan rumah setinggan berhampiran bengkel terbabit berdepan masalah ekoran tekanan air yang rendah, namun api dikawal kira-kira 40 minit kemudian.

"Struktur binaan bengkel yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api mudah marak dan merebak ke rumah berhampiran.

"Kebakaran terbabit tidak membabitkan sebarang mangsa," katanya.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 10:37 AM