Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Gudang alat ganti kereta terpakai di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.50 petang.

"Seramai 83 pegawai dan anggota bersama 17 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul, BBP Sri Hartamas, BBP Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Taman Tun Dr Ismail, BBP Wangsa Maju dan BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran itu membabitkan sebuah kedai menjual alat ganti kereta terpakai yang terbakar hampir 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan melakukan teknik 'offensive dan defensive' dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelak api merebak.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini. Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 8:34 PM
Situasi kebakaran gudang alat ganti kereta di Jalan Kuching, Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan FB Fariz Adli-Yangkang
Situasi kebakaran gudang alat ganti kereta di Jalan Kuching, Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan FB Fariz Adli-Yangkang