Van Huizen beri sentuhan terbaru kepada skuad hoki lelaki negara. Foto Goh Thean Howe
Van Huizen beri sentuhan terbaru kepada skuad hoki lelaki negara. Foto Goh Thean Howe

Oleh Saiful Affendy Sapran

[email protected]

Kuala Lumpur: Stephen Van Huizen dilantik selaku ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara berkuatkuasa 1 Oktober depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Ow Soon Kooi pada sidang media sebentar tadi.

Van Huizen menggantikan Tai Beng Hai yang gagal membantu skuad negara menempah tiket ke Sukan Olimpik pada tahun depan di saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium, Jun lalu.

Van Huizen mempunyai pengalaman luas selaku ketua jurulatih negara sebelum ini dengan antara pencapaian terbaik adalah membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 3:48 PM