KEHADIRAN Merlimau Riders Club bakal memeriahkan lagi suasana kejohanan yang bakal berlangsung.
KEHADIRAN Merlimau Riders Club bakal memeriahkan lagi suasana kejohanan yang bakal berlangsung.

Jasin: Pasukan Merlimau Riders Club (MRC) hanya mahu berseronok dan memeriahkan penyertaan pada Kejohanan Harian Metro Grand Prix Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di Asahan, hujung bulan ini.

Pengerusi MRC Jezlee Pit berkata, sebagai kelab tempatan daerah itu mereka berasa wajib menghantar penyertaan sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran kejohanan tanjuran Harian Metro itu.

Katanya, daripada sudut positif kelabnya melihat penganjuran seperti itu mampu memberi publisiti daerah berkenaan supaya dikenali oleh peminat sukan MTB.

“Ini sebabnya kami menyokong usaha dilakukan penganjur dengan menampilkan penyertaan selain memberi peluang 10 pelumba MRC berseronok, berkenalan dengan pelumba pasukan seluruh negara dan menambah pengalaman,” katanya.

Jezlee berkata, kelab yang ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu itu mempunyai 70 ahli dengan fokus kepada kayuhan santai dan kesihatan.

Beliau yang juga Penghulu DUN Bemban berkata, ahli kelab ini terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan bidang pekerjaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:04 AM