Kim Swee memantau sesi latihan ringan skuad Harimau Malaya  di kolam renang hotel penginapan Hilton PJ, hari ini. FOTO Osman Adnan
Kim Swee memantau sesi latihan ringan skuad Harimau Malaya di kolam renang hotel penginapan Hilton PJ, hari ini. FOTO Osman Adnan
Oleh Azlan Muhammad Zain


Petaling Jaya: Pengendali sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee sedar cabaran besar menantinya selepas diumumkan sebagai pengganti Dollah Salleh.

"Suasana ketika ini cukup mencabar namun sebagai jurulatih sementara saya perlu melihat ke depan.

"Tiada siapa mahu berada dalam situasi ini, baik jurulatih atau pemain, ini boleh dikatakan masalah negara.

"Saya akan cuba yang terbaik dan saya juga percaya pemain turut mahukan keputusan yang terbaik selepas ini," katanya yang ditemui Hotel Hilton PJ, hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pagi tadi mengumumkan pelantikan Kim Swee menggantikan Dollah selepas skuad negara diaibkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-10 di Abu Dhabi.

Kim Swee turut mengumumkan untuk mengekalkan Safiq Rahim sebagai kapten negara dengan Mohd Amri Yahyah dan Razman Roslan sebagai penolong kapten.

Skuad negara akan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa, aksi keempat kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 1:09 PM