KEADAAN tangan mangsa yang hampir putus.
KEADAAN tangan mangsa yang hampir putus.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Gara-gara adik yang dipercayai berhutang dadah sebanyak RM600, seorang lelaki terpaksa menanggung derita akibat ditetak sekumpulan lima lelaki yang menyerangnya di Rumah Rakyat Seri Lalang, Rantau, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, lima suspek dikatakan datang ke rumah mangsa yang berusia 29 tahun menyebabkan dia terkejut melihat kehadiran mereka.

“Mangsa yang dikatakan mengetahui tujuan kumpulan terbabit bertindak melarikan diri sebelum terjatuh. Lima suspek yang mengejar mangsa dengan bersenjatakan kayu bertindak memukulnya di kaki, tangan dan kepala.

“Ketika pergaduhan itu, seorang daripada suspek dilihat mengeluarkan sebilah parang lalu menetak tangan kiri mangsa,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, melihat keadaan mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya, semua suspek melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 6:59 AM